Job Search

Privacy Policy

  • Saved

Dasar Privasi

Tarikh Dikemaskini: 03/01/2023

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpulkan, digunakan, dan dikongsi oleh Jobcube (“Jobcube,” dan “kami,”) apabila anda melawati laman web atau perkhidmatan kami di mana Dasar Privasi ini dipaparkan (“Laman”). Kami mungkin mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, seperti yang dinyatakan di bawah. Anda tidak sepatutnya menggunakan Laman ini jika anda mempunyai sebarang bantahan terhadap Dasar Privasi kami, yang mengikat semua pengguna Laman. Jika anda mempunyai soalan mengenai cara maklumat peribadi anda digunakan, anda boleh menghubungi kami melalui kaedah yang dinyatakan dalam bahagian “Hubungi Kami” di akhir Dasar Privasi ini.

Untuk versi bercetak Dasar Privasi ini, sila klik di sini.

MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN GUNAKAN

Jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan Laman bergantung kepada ciri-ciri yang anda gunakan di Laman tersebut. “Maklumat peribadi” adalah maklumat yang boleh mengenal pasti, berkaitan, menerangkan, boleh mengaitkan, atau secara munasabah boleh dihubungkan, secara langsung atau tidak langsung, dengan individu, peranti atau rumahtangga tertentu.

Kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini dan menerangkan maklumat yang dikumpul seperti berikut:

  • Pengenal pasti (Identifiers), yang mungkin termasuk nama, nombor telefon, alamat Protokol Internet (IP), dan alamat e-mel. Maklumat-maklumat ini diperoleh secara langsung daripada anda (contohnya, apabila anda melawat Laman atau menghubungi kami) atau secara tidak langsung (contohnya, daripada pemerhatian tindakan anda di Laman). Pengenal pasti digunakan untuk memenuhi atau melaksanakan tujuan anda memberikan maklumat; untuk menghubungi anda mengenai Laman kami; untuk memberikan senarai pekerjaan baharu melalui e-mel; untuk menyediakan komunikasi yang diperibadikan; untuk membantu keusahaan kami dalam menyediakan senarai pekerjaan; untuk membalas kepada pertanyaan; atau untuk menyaring potensi risiko atau penipuan. Kami menzahirkan maklumat ini untuk tujuan perniagaan kepada ahli gabungan, pemberi perkhidmatan pentadbiran, pemberi analitik data, dan pemberi perkhidmatan internet.
  • Maklumat berkaitan dengan profesional atau pekerjaan, yang mungkin termasuk minat pekerjaan, keutamaan pekerjaan, dan aktiviti anda berinteraksi dengan penyenaraian pekerjaan di Laman. Maklumat ini diperoleh secara langsung daripada anda (contohnya, apabila anda melawati Laman). Maklumat profesional atau berkaitan dengan pekerjaan digunakan untuk memenuhi atau melaksanakan tujuan anda memberikan maklumat tersebut; untuk menyediakan komunikasi yang diperibadikan; untuk membantu keusahaan kami dalam menyediakan senarai pekerjaan; untuk membalas kepada pertanyaan; atau untuk menyaring potensi risiko atau penipuan. Kami menzahirkan maklumat ini bagi tujuan perniagaan kepada ahli gabungan, pemberi perkhidmatan pentadbiran, pemberi analitik data, dan pemberi perkhidmatan internet.
  • Internet, teknikal, atau aktiviti rangkaian lain yang serupa, yang mungkin termasuk sejarah penggunaan dan pelayaran; maklumat peranti, termasuk sifat peranti; sejarah carian; dan maklumat mengenai interaksi anda dengan Laman kami, termasuk penggunaan fungsi “kegemaran” kami. Kami memperoleh maklumat ini secara langsung atau tidak langsung daripada anda (contohnya, melalui pemerhatian terhadap tindakan anda di Laman kami). Kami menggunakan maklumat ini untuk memenuhi atau melaksanakan tujuan anda memberikan maklumat tersebut; untuk menghubungi anda mengenai Laman kami; untuk menyediakan komunikasi yang diperibadikan; untuk membantu usaha kami dalam menyediakan senarai pekerjaan; untuk membalas kepada pertanyaan; atau untuk menyaring potensi risiko atau penipuan. Kami menzahirkan maklumat ini bagi tujuan perniagaan kepada ahli gabungan, penyedia perkhidmatan pentadbiran, penyedia analitik data, dan penyedia perkhidmatan internet.
  • Kesimpulan yang diperoleh daripada maklumat peribadi lain, yang mungkin merangkumi satu profil yang mencerminkan keutamaan dan minat seseorang. Kami memperoleh maklumat ini secara langsung atau tidak langsung daripada anda (contohnya, melalui pemerhatian terhadap tindakan anda di Laman kami atau daripada maklumat yang anda siarkan di ruang awam di Laman kami atau di laman media sosial pihak ketiga). Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan komunikasi yang diperibadikan. Kami tidak mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga.

Anda mempunyai pilihan mengenai maklumat yang kami kumpulkan. Keputusan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak memberikan maklumat peribadi tertentu, kami mungkin tidak dapat mencapai beberapa tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini dan anda mungkin tidak dapat menggunakan atau mengakses perkhidmatan tertentu di Laman kami.

PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan untuk menyediakan perkhidmatan kami, dan bagi tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk memenuhi permintaan anda;
  • Untuk memproses pembayaran dan menyediakan perkhidmatan;
  • Untuk mengedarkan e-mel yang memperincikan senarai pekerjaan baharu, senarai pekerjaan yang disyorkan, pengumuman berkenaan Laman dan perkhidmatan kami, soal selidik, dan maklumat lain;
  • Untuk mengumumkan produk atau tawaran perkhidmatan syarikat kami atau syarikat kumpulan kami;
  • Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan kami dengan ciptaan data statistik selepas ianya diproses ke dalam format yang tidak boleh mengenal pasti seseorang individu;
  • Untuk menjawab pertanyaan;
  • Untuk menyesuaikan kandungan;
  • Untuk memantau, mencegah, dan mengesan penipuan serta melindungi Laman dan perkhidmatan kami;
  • Untuk menambah baik perkhidmatan kami dan membangunkan perkhidmatan baharu; dan
  • Untuk tujuan-tujuan lain, seperti yang dinyatakan semasa pengumpulan maklumat.

PENZAHIRAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami mungkin menzahirkan maklumat yang kami kumpulkan seperti yang diterangkan di atas dan dalam keadaan berikut:

  • Apabila kami memperolehi persetujuan pengguna;
  • Apabila kami menzahirkan/memberikan maklumat peribadi sebagai data statistik dalam format yang tidak boleh mengenal pasti seseorang individu;
  • Apabila dikehendaki di bawah undang-undang dan peraturan;
  • Apabila diperlukan untuk melindungi nyawa, tubuh badan, atau harta benda manusia dan apabila sukar untuk memperoleh persetujuan pengguna;
  • Sekiranya berlaku peralihan perniagaan, seperti penggabungan, pengambilalihan, kebankrapan, penyusunan semula, atau penjualan keseluruhan atau sebahagian aset;
  • Apabila diperlukan secara khusus untuk meningkatkan kesihatan awam dan/atau apabila sukar untuk memperoleh persetujuan pengguna;
  • Apabila dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah, termasuk untuk melindungi atau mempertahankan hak undang-undang kami, harta benda, perkhidmatan, anda atau pihak ketiga, serta jika diperlukan untuk memastikan keselamatan dan sekuriti perkhidmatan, sistem, pengguna dan orang awam; dan
  • Tanpa persetujuan, jika dikehendaki oleh undang-undang dan perolehan persetujuan pengguna boleh mengganggu pelaksanaan urusan tersebut.

Apabila kami mengagregatkan atau mengaburkan (deidentify) maklumat sehingga ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan individu tertentu, kami mungkin menzahirkan maklumat ini kepada pihak ketiga dengan cara yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini. Sebagai nota, kami mungkin menggunakan dan menzahirkan maklumat yang telah diagregat dan dikaburkan (deidentified) kepada rakan kongsi, pengiklan, dan mana-mana pihak ketiga lain mengikut budi bicara kami.

PENJEJAKAN ATAS TALIAN

Pilihan privasi “Do Not Track” (“DNT”) merupakan satu pilihan yang boleh dibuat dalam sesetengah pelayar web yang membolehkan anda memilih keluar daripada sebarang penjejakan oleh laman web dan perkhidmatan atas talian. Pada masa ini, piawaian global bagi teknologi DNT masih belum dimuktamadkan dan bukan semua pelayar menyokong DNT. Oleh itu, kami tidak mengiktiraf isyarat DNT dan tidak memberi sebarang respons terhadapnya.

KUKI (COOKIE), PENJEJAKAN ATAS TALIAN, DAN IKLAN

Seperti kebanyakan Laman lain, kami menggunakan “kuki” (cookie), iaitu fail yang disimpan dalam cakera keras komputer anda oleh pelayar web anda. Kami menggunakan kuki untuk mengumpulkan maklumat seperti pelayan (server) yang anda log masuk, nama domain (domain name) penyedia perkhidmatan internet anda, jenis dan versi pelayar anda, serta alamat IP anda. Kami juga mungkin memperoleh kawasan geografi secara am (general geographical area) yang dikaitkan dengan alamat IP tersebut.

Kadangkala, kami menggunakan kuki bersama dengan “suar web” (web beacons) atau teknologi serupa untuk mengumpulkan maklumat mengenai cara Laman kami digunakan, seperti: alamat IP anda dan data lokasi, log web (web log), zon waktu, tarikh, pilihan bahasa anda, pelayar yang digunakan, alamat web yang dikunjungi, data komunikasi lain, carian yang dilakukan, halaman yang dilawati, dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan pengalaman dalam talian anda.

Kami menggunakan:

  • Google Analytics: Untuk membantu menyampaikan kandungan yang berkaitan, kami menggunakan Google Analytics. Google Analytics menggunakan kuki untuk melaporkan interaksi pengguna di Laman kami dan laman web lain. Kami menggunakan data yang dikumpul untuk mengoptimumkan pemasaran, menambah baik pengiklanan, dan/atau strategi pengaturcaraan serta secara amnya meningkatkan pengalaman pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang Google Analytics serta cara Google Analytics mengumpul dan memproses data, sila lawati: https://policies.google.com/technologies/partner-sites dan arahan untuk memilih keluar daripada Google Analytics menggunakan pemalam khas (specific plug-in) boleh didapati di pautan berikut: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout. Harap maklum bahawa pilihan keluar ini hanya khusus kepada aktiviti Google dan tidak menjejaskan aktiviti rangkaian pengiklanan atau penyedia analitik lain yang mungkin kami gunakan.
  • Adobe Analytics: Kami menggunakan Adobe Analytics untuk mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai penggunaan Laman kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Adobe mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi, termasuk cara untuk memilih keluar, Pengumpulan dan Analisis Maklumat (Collection And Analysis of Information), termasuk cara memilih keluar, sila kunjungi: https://www.adobe.com/privacy/opt-out.html.

Penggunaan mekanisme penjejakan atas talian (online tracking mechanism) oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada dasar privasi pihak ketiga tersebut dan bukan Dasar Privasi ini. Sebagai peringatan, kami tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap amalan privasi laman web pihak ketiga.

Jika anda ingin menghalang pihak ketiga daripada menetapkan dan mengakses kuki di komputer anda, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat (disable) kuki. Harap maklum, penyekatan kuki mungkin menjejaskan fungsi Laman kami. Selain itu, anda boleh memilih keluar supaya anda tidak menerima pengiklanan sasaran daripada syarikat dalam Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (Network Advertising Initiative) di sini, atau daripada syarikat yang menyertai program Perikatan Pengiklanan Digital (Digital Advertising Alliance) di sini.

CARA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mengumpul maklumat peribadi anda:

  • Secara langsung daripada anda. Anda mungkin memberikan maklumat peribadi anda apabila anda melakukan mana-mana perkara berikut:
    • Mengakses atau menggunakan Laman ini;
    • Menggunakan fungsi hubungi kami (pertanyaan); atau
  • Apabila anda berinteraksi dengan Laman ini. Apabila anda berinteraksi dan menggunakan Laman ini, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda secara automatik, contohnya internet, teknikal atau aktiviti rangkaian lain yang serupa. Kami juga mungkin mengumpul maklumat peribadi dengan menggunakan kuki laman web.
  • Pihak ketiga atau sumber tersedia ada secara awam. Kami mungkin menerima maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, yang termasuk aktiviti internet, teknikal atau aktiviti rangkaian lain yang serupa daripada penyedia analitik, rangkaian pengiklanan dan platform media sosial.

PERKONGSIAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mungkin mengongsi maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut dan dengan cara-cara berikut:

  • Kami mungkin mengongsi maklumat dengan ahli gabungan kami, penyedia perkhidmatan pentadbiran, penyedia analitik data, dan penyedia perkhidmatan internet. Pihak-pihak tersebut mungkin mengurus maklumat pelanggan kami dan melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti pengehosan laman web (website hosting), pemantauan penipuan, penghantaran dan pentadbiran e-mel atau mel, analisis data, dan sebagainya. Kami meminta ahli gabungan yang menerima maklumat anda untuk mengesahkan bahawa amalan privasi mereka adalah selaras dengan amalan kami dan undang-undang yang terpakai, dan kami hanya memberikan maklumat yang diperlukan untuk mereka melaksanakan perkhidmatan tersebut.
  • Kami mungkin mengongsi maklumat anda dengan pihak ketiga dalam atau luar negara termasuk ejen, penyedia perkhidmatan, dan perunding kami sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka memberikan perkhidmatan berkaitan perniagaan kepada kami. Pihak-pihak ketiga tersebut mungkin mengurus maklumat pelanggan kami dan melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami seperti pengehosan laman web (website hosting), pemantauan penipuan, penghantaran dan pentadbiran e-mel atau mel, analisis data, dan sebagainya. Kami meminta pihak ketiga yang menerima maklumat anda untuk mengesahkan bahawa amalan privasi mereka adalah selaras dengan amalan kami dan undang-undang yang terpakai, dan kami hanya memberikan maklumat yang diperlukan untuk mereka melaksanakan perkhidmatan tersebut.
  • Kami mungkin mengongsi atau menggabungkan maklumat anda dengan maklumat yang tersedia secara umum apabila kami bekerjasama dengan rakan kongsi promosi untuk menawarkan atau menyediakan produk, perkhidmatan, pertandingan, atau promosi secara bersama untuk pelanggan kami, atau untuk menambah baik dan memperibadikan pengalaman anda.
  • Kami mungkin berkongsi atau memindahkan maklumat anda dalam proses penyusunan semula secara langsung atau tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan, pengambilalihan, pelupusan, kebankrapan, dan penjualan semua atau sebahagian daripada aset kami. Maklumat anda mungkin dikongsi selepas transaksi sedemikian diselesaikan dan/atau semasa proses penilaian sebelum pemindahan. Jika dipindahkan dalam keadaan sedemikian, maklumat anda masih tertakluk kepada Dasar Privasi ini atau dasar privasi lain yang, sekurang-kurangnya, memberikan perlindungan privasi yang setara dengan Dasar Privasi ini.
  • Akhir sekali, kami juga mungkin mengongsi maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai, bagi memberi respons terhadap sepina (subpeona), waran geledah (search warrant) atau permintaan sah lain bagi maklumat yang kami terima, atau bagi melindungi hak kami dengan cara lain.

PENYIMPANAN REKOD

Kami akan menyimpan maklumat anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan serta untuk mematuhi obligasi undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan perjanjian kami.

AKSES

Anda boleh memohon untuk mengakses dan menyemak maklumat peribadi anda yang berada dalam pemilikan kami, tertakluk kepada beberapa had tertentu. Untuk memohon akses dan menyemak maklumat peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan kaedah yang disenaraikan dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

KESELAMATAN

Kami mengambil langkah fizikal, elektronik dan langkah pengurusan yang munasabah untuk melindungi dan menjamin keselamatan sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Walau bagaimanapun, sila fahami bahawa tiada pemindahan data melalui Internet yang boleh dijamin 100% selamat oleh sebab risiko yang wujud dalam pemindahan data melalui Internet. Oleh itu, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami, dan anda memahami bahawa sebarang maklumat yang anda pindahkan kepada kami adalah atas risiko anda sendiri. Sekiranya kami mengetahui tentang pelanggaran sistem keselamatan, kami mungkin akan cuba memaklumkan anda secara elektronik supaya anda dapat mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya. Dengan menggunakan Laman ini atau memberikan maklumat peribadi kepada kami, anda bersetuju bahawa kami boleh berkomunikasi dengan anda secara elektronik mengenai isu keselamatan, privasi dan pentadbiran yang berkaitan dengan penggunaan Laman oleh anda. Kami mungkin memaparkan notis melalui Laman kami sekiranya berlaku sebarang pelanggaran keselamatan. Kami juga mungkin menghantar e-mel kepada anda di alamat e-mel yang telah anda berikan kepada kami dalam keadaan tersebut. Bergantung kepada lokasi tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak dari segi undang-undang untuk menerima notis pelanggaran keselamatan secara bertulis.

PERSETUJUAN UNTUK PEMINDAHAN

Jika anda melawat Laman kami dari lokasi di luar United States of America, seperti European Union, United Kingdom, atau wilayah lain yang mempunyai undang-undang perlindungan data yang berbeza daripada United States of America, diharapmaklum bahawa sambungan anda mungkin melalui dan ke pelayan kami, yang mungkin terletak di United States of America atau di tempat lain. Sebarang maklumat yang anda berikan semasa lawatan anda akan diproses dan disimpan di pelayan kami serta sistem dalaman lain yang terletak di dalam United States of America atau seperti yang dinyatakan di atas. Anda mengakui bahawa anda faham apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, maklumat peribadi anda (i) akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang telah dikenal pasti di atas mengikut Dasar Privasi ini, dan (ii) mungkin dipindahkan ke United States of America seperti yang dinyatakan di atas, selaras dengan undang-undang yang terpakai, contohnya melalui klausa kontrak seragam (Standard Contractual Clauses). Dengan menggunakan Laman ini, menyertai mana-mana perkhidmatan, dan/atau memberikan maklumat ini kepada kami, anda mengakui kepada pemindahan ini, yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama seperti negara yang anda bermastautin, selaras dengan terma Dasar Privasi ini.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT DARIPADA KANAK-KANAK

Laman ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu di bawah umur dewasa (age of majority). Jika kami mengenalpasti bahawa kami telah menerima maklumat peribadi daripada individu belum dewasa (minors), kami akan memadamkannya.

MEMANCARKAN CAHAYA (SHINE THE LIGHT)

Jika sesebuah syarikat mengongsi “maklumat peribadi” (seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang “Shine the Light” California, Civil Code Cal. § 1798.83) dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung (contohnya, untuk menghantar tawaran dan maklumat yang mungkin menarik minat anda), undang-undang California mewajibkan sama ada menyediakan satu mekanisme supaya pengguna boleh memperolehi maklumat lanjut mengenai perkongsian tersebut bagi tahun kalendar sebelumnya, atau menyediakan satu mekanisme supaya pengguna boleh memilih keluar daripada perkongsian tersebut. Kami tidak mengongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka.

PERUBAHAN

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan, sebagai contoh, perubahan kepada amalan kami atau atas sebab operasi, undang-undang, atau peraturan lain. Sebarang perubahan dan/atau pindaan baharu akan dinyatakan dalam halaman ini. Kami juga akan mengemas kini "Tarikh Dikemaskini” yang ternyata di atas. Sekiranya kami membuat perubahan penting kepada Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan anda dengan menyiarkan perubahan tersebut secara jelas di Laman kami atau melalui maklumat hubungan anda yang terdapat dalam rekod kami. Dengan menggunakan Laman kami secara berterusan, anda bersetuju untuk terikat kepada sebarang perubahan atau kemas kini yang dibuat terhadap Dasar Privasi ini.

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan privasi kami, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau jika anda ingin membuat aduan, sila hubungi kami melalui emel menggunakan butiran yang disediakan di bawah:

support@jobcube.com